Dapatkan 100% e-Invois yang mematuhi
pembekal perisian e-Invois terbesar di Asia
Dapatkan 100% e-Invois yang mematuhi pembekal perisian e-Invois terbesar di Asia
Penyepaduan lancar dengan
mana-mana ERP/POS
Penyepaduan lancar dengan
mana-mana ERP/POS
Penyelesaian e-Invois yang
mematuhi LHDN & MDEC
Penyelesaian e-Invois yang
mematuhi LHDN & MDEC
Naik taraf automatik untuk
mana-mana Kerajaan. perubahan
Naik taraf automatik untuk
mana-mana Kerajaan. perubahan
Book a Demo

Pendaftaran SSM di Malaysia: Panduan untuk Perniagaan Baharu

Dikemas kini pada: Jun 24th, 2024

|

11 min baca

social iconssocial iconssocial iconssocial icons

Di Malaysia, setiap usaha niaga mestilah membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang juga dikenali sebagai Companies Commission of Malaysia. Pendaftaran perniagaan tidak hanya memastikan kesahan entiti tetapi juga memastikan pematuhan terhadap peraturan negara. Pendaftaran ini merupakan satu keperluan yang penting untuk membentuk kontrak dengan bank, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan, serta untuk pematuhan cukai dan perkara lain yang berkaitan dengan kawal selia.

Dalam blog ini, kita akan melihat jenis entiti berbeza yang diiktiraf oleh SSM, keperluan khusus untuk setiap jenis perniagaan, portal dalam talian yang digunakan untuk pendaftaran serta menyediakan panduan yang mudah difahami untuk pendaftaran SSM di Malaysia.

Apakah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

Di Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Companies Commission of Malaysia, ialah badan berkanun yang penting yang terbentuk daripada penggabungan Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pendaftar Perniagaan (ROB). Ditubuhkan pada 16 April 2002, SSM memainkan peranan penting dalam mengawal selia syarikat dan perniagaan di seluruh negara.

SSM merupakan agensi utama yang bertanggungjawab untuk memperbadankan syarikat dan mendaftarkan perniagaan. Fungsi utama SSM termasuklah menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan yang penting untuk orang awam, sekali gus memastikan pematuhan terhadap pendaftaran perniagaan dan perundangan korporat. Dengan melaksanakan penguatkuasaan yang menyeluruh dan memantau aktiviti, SSM menyumbang kepada pembangunan yang positif dalam sektor korporat dan perniagaan di Malaysia.

Apakah Pendaftaran SSM di Malaysia?

Pendaftaran SSM di Malaysia merujuk kepada proses mendaftarkan perniagaan atau syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), iaitu badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia syarikat dan perniagaan di Malaysia. Pendaftaran ini diwajibkan untuk semua perniagaan yang beroperasi di Malaysia bagi memastikan pengiktirafan di sisi undang-undang dan pematuhan terhadap undang-undang perniagaan Malaysia.

Kelayakan Pendaftaran SSM

Kriteria kelayakan untuk pendaftaran SSM adalah seperti berikut

  • Pemilik atau rakan kongsi perniagaan mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  • Pemilik atau rakan kongsi mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Perniagaan mestilah beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Perniagaan mestilah mematuhi undang-undang yang berkaitan, termasuk Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001, Akta Syarikat 2016, Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, Akta Syarikat Amanah 1949 atau Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
  • Jenis/aktiviti perniagaan yang didaftarkan mestilah sesuai dengan nama perniagaan, sah di sisi undang-undang serta mematuhi keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  • Terdapat yuran khusus untuk jenis pendaftaran perniagaan yang berbeza, termasuk pemilikan tunggal, perkongsian, cawangan dan maklumat perniagaan.
  • Perniagaan mestilah didaftarkan tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

Jenis Entiti Undang-undang di bawah Pendaftaran SSM

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis entiti perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah SSM:

Pendaftaran Perniagaan (Liabiliti Tidak Terhad)

Terdapat dua pendaftaran utama dengan liabiliti tidak terhad pada pemilik entiti

  • Pemilikan Tunggal: Pemilikan tunggal ialah bentuk entiti perniagaan paling ringkas yang dimiliki dan dikendalikan oleh seorang individu. Sesuai untuk perniagaan berskala kecil dan memerlukan keperluan pendaftaran yang minimum.
  • Perkongsian: Perkongsian melibatkan dua atau lebih individu yang bersetuju untuk berkongsi keuntungan perniagaan. Perkongsian dikawal oleh Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Anda boleh mendaftar secara dalam talian menggunakan platform Ezbiz Online.

Syarikat

  • Syarikat Sendirian Berhad (Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.): Syarikat jenis ini ialah jenis entiti perniagaan korporat yang paling banyak di Malaysia. Saham mereka terhad dan liabiliti yang terhad ditawarkan kepada pemegang saham mereka.
  • Syarikat Awam Berhad (Berhad atau Bhd.): Sesuai untuk perniagaan berskala besar, syarikat ini boleh mengumpulkan modal dengan menawarkan saham kepada orang awam. Syarikat jenis ini tertakluk pada keperluan kawal selia yang lebih ketat.
  • Pendaftaran Syarikat Asing: Entiti asing yang ingin menubuhkan syarikat di Malaysia boleh mendaftar sebagai syarikat asing di bawah Akta Syarikat 2016.

MyCoID memudahkan permohonan dalam talian untuk pendaftaran syarikat dengan SSM.

Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)

Menggabungkan ciri perkongsian dan syarikat, LLP menawarkan liabiliti yang terhad kepada rakan kongsi mereka dan dikawal oleh Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. 

MyLLP juga menawarkan pilihan untuk permohonan dalam talian.

Penubuhan Koperasi

Pertubuhan berautonomi orang yang bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya yang sama melalui perusahaan milik bersama dan dikawal secara bebas.

Gunakan Sistem Permohonan Dalam Talian SKM bagi menyerahkan permohonan secara digital untuk penubuhan koperasi.

Bagaimanakah Cara Mendaftarkan Perniagaan atau Syarikat di bawah SSM di Malaysia?

Proses pendaftaran untuk pelbagai entiti mungkin berbeza-beza bergantung pada butiran entiti tersebut tetapi langkah utama biasanya masih sama. Secara spesifik, proses untuk mendaftarkan perniagaan dengan SSM biasanya melibatkan langkah berikut

  • Memilih nama perniagaan: Anda mestilah mencadangkan nama perniagaan dan mendapatkan kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan. Nama tersebut mestilah mematuhi garis panduan undang-undang dan wajar atau tidak mengelirukan.
  • Melengkapkan pendaftaran Borang A (Form A): Borang ini mengandungi butiran seperti nama perniagaan, tarikh permulaan perniagaan, alamat, maklumat tentang pemilik dan rakan kongsi serta jenis perniagaan.
  • Melampirkan dokumen yang diperlukan: Dokumen yang diperlukan ini termasuklah salinan kad pengenalan pemilik dan rakan kongsi, permit yang berkenaan, lesen, atau surat sokongan untuk jenis perniagaan.
  • Penyerahan dan pembayaran yuran: Permohonan boleh diserahkan secara dalam talian melalui perkhidmatan EzBiz Online atau secara manual di pejabat utama SSM. Yuran pendaftaran perniagaan SSM berbeza-beza bergantung pada jenis pendaftaran.
  • Pematuhan terhadap rangka kerja undang-undang: SSM beroperasi di bawah pelbagai akta dan peraturan, termasuk Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001, Akta Syarikat 2016 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Faedah Pendaftaran Perniagaan dengan SSM

Pendaftaran SSM di Malaysia menawarkan beberapa faedah penting untuk perniagaan dan syarikat

  • Identiti dan pengiktirafan yang sah di sisi undang-undang: Satu daripada faedah utama pendaftaran SSM ialah pendaftaran ini memberikan identiti yang sah kepada perniagaan anda. Pengiktirafan ini penting untuk membentuk kontrak undang-undang, membuka akaun bank perniagaan dan melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan yang lain.
  • Akses kepada kewangan dan bantuan: Hanya perniagaan berdaftar yang mempunyai akses kepada bantuan kewangan daripada bank dan institusi kewangan. Kebanyakan bantuan dan insentif disasarkan secara khusus kepada perniagaan yang berdaftar dengan SSM.
  • Akses kepada Perkhidmatan: Hanya perniagaan berdaftar yang sah di sisi undang-undang yang layak untuk mengakses perkhidmatan dan faedah tertentu, contohnya memohon untuk Gerbang Pembayaran Malaysia seperti eGHL atau ipay88. Perlindungan nama perniagaan: Pendaftaran memastikan nama perniagaan anda dilindungi dan tidak boleh digunakan secara sah oleh entiti lain di Malaysia. 
  • Pematuhan dan Kredibiliti: Pendaftaran dengan SSM memastikan perniagaan anda mematuhi undang-undang dan peraturan perniagaan Malaysia. Pematuhan ini meningkatkan kredibiliti perniagaan anda dalam kalangan pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan yang lain.
  • Memudahkan audit dan pemeriksaan: Perniagaan berdaftar mempunyai struktur yang lebih jelas dan proses tertakrif yang memudahkan prosedur audit dan pemeriksaan.
  • Mudah menjalankan perniagaan: Dengan pengenalan perkhidmatan seperti EzBiz Online, proses pendaftaran dan pengurusan aktiviti berkaitan perniagaan menjadi lebih cekap dan mesra pengguna.
  • Akses kepada maklumat perniagaan: Pendaftaran SSM membolehkan perniagaan mengakses pelbagai maklumat dan sumber yang mungkin penting untuk membuat perancangan strategik dan membuat keputusan.

Akibat tidak Mendaftarkan Perniagaan di Malaysia

Menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (ROBA 1956). Jika didapati bersalah, individu atau entiti boleh dikenakan penalti, termasuk denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesimpulan

Mendaftarkan perniagaan dengan SSM adalah penting untuk pematuhan undang-undang, kebolehskalaan dan memudahkan urusan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Memilih bentuk entiti yang sesuai, sama ada pemilikan, perkongsian, syarikat atau LLP, adalah penting untuk menstrukturkan perniagaan anda dengan berkesan. 

KANDUNGAN