Dapatkan 100% e-Invois yang mematuhi
pembekal perisian e-Invois terbesar di Asia
Dapatkan 100% e-Invois yang mematuhi pembekal perisian e-Invois terbesar di Asia
Penyepaduan lancar dengan
mana-mana ERP/POS
Penyepaduan lancar dengan
mana-mana ERP/POS
Penyelesaian e-Invois yang
mematuhi LHDN & MDEC
Penyelesaian e-Invois yang
mematuhi LHDN & MDEC
Naik taraf automatik untuk
mana-mana Kerajaan. perubahan
Naik taraf automatik untuk
mana-mana Kerajaan. perubahan
Book a Demo

Apakah e-Invois B2B dan B2G di Malaysia?

Dikemas kini pada: Jul 24th, 2024

|

12 min baca

social iconssocial iconssocial iconssocial icons

Melangkah masuk ke gelombang digital yang mewarnai landskap perniagaan Malaysia. Cuba bayangkan: peralihan daripada invois kertas tradisional kepada invois elektronik yang mengatur transaksi kewangan dengan lancar. Semua ini bukan sekadar perubahan; tetapi merupakan langkah Malaysia ke dalam dunia e-Invois B2B (Niaga ke Niaga) dan B2G (Niaga ke Kerajaan).

Dalam perjalanan ini, kami akan merungkai kemusykilan tentang e-Invois B2B dan B2G yang menghubungkan komunikasi secara digital antara perniagaan dengan entiti kerajaan. Mari kita terokai cara peralihan ini meningkatkan kecekapan, memastikan pematuhan dan menerajui masa depan digital yang mapan untuk Malaysia. Sudah bersedia untuk melihat denyut nadi revolusi penginvoisan digital Malaysia? Mari kita selami lebih lanjut.

Apakah e-Invois B2B?

E-Invois B2B atau invois elektronik Niaga ke Niaga, merevolusikan invois tradisional dengan mendigitalkan pertukaran dokumen invois antara perniagaan. Proses yang lancar ini meningkatkan kecekapan, ketepatan dan menjimatkan kos.

Sebagai contoh, Syarikat A boleh menghantar invois kepada Syarikat B secara elektronik yang merangkumi butiran transaksi dan tandatangan digital yang selamat. Transformasi digital ini mengurangkan usaha dan ralat secara manual yang menandakan lonjakan ketara dalam pemodenan transaksi perniagaan.

Apakah e-Invois B2G?

E-Invois B2G atau invois elektronik Niaga ke Kerajaan pula menandakan pertukaran digital transaksi invois antara perniagaan dengan entiti kerajaan. Pendigitalan ini penting untuk memastikan pematuhan, ketelusan dan kecekapan dalam berurusan dengan badan kerajaan.

Sebagai contoh, pembekal menghantar invois secara elektronik kepada agensi Kerajaan yang mengandungi butiran transaksi dan memenuhi piawaian kawal selia tertentu. E-invois B2G melancarkan proses, mengurangkan kertas kerja dan memupuk hubungan yang lebih telus antara perniagaan dengan entiti Kerajaan.

Perbezaan antara e-Invois B2B dengan B2G

Jadual di bawah menggariskan perbezaan utama antara e-invois B2B di Malaysia dengan e-invois B2G di Malaysia, yang menyerlahkan cara kaedah invois elektronik ini memenuhi keperluan pihak yang melakukan transaksi, tahap pematuhan dan proses kelulusan yang berbeza.

Aspek

e-Invois B2B di Malaysia

e-Invois B2G di Malaysia

Pihak yang Melakukan Transaksi

Antara perniagaan sektor swasta

Melibatkan perniagaan dan entiti kerajaan

Pematuhan Kawal Selia

Peraturan yang kurang ketat

Tertakluk pada piawaian pematuhan ketat yang ditetapkan oleh kerajaan

Kelulusan Invois

Ditadbir oleh dasar perniagaan dalaman

Melibatkan proses kelulusan yang lebih rumit bagi mematuhi prosedur kerajaan

Penyeragaman

Lebih banyak kepelbagaian dalam format dan piawaian

Piawaian dan format khusus yang diwajibkan untuk kekonsistenan dalam transaksi kerajaan

Tujuan dan Skop

Tumpuan pada meningkatkan kecekapan perniagaan

Bertujuan untuk mencapai ketelusan dalam transaksi kerajaan, pencegahan penipuan dan penggunaan dana awam yang berkesan

Teknologi Yang Diperlukan

Pelbagai penyelesaian e-Invois

Platform khusus dan selamat yang mematuhi piawaian kebangsaan

Faedah menggunakan e-Invois B2B dan B2G

Penggunaan e-Invois B2B dan B2G membawa banyak kelebihan daripada kecekapan operasi dan ketepatan kewangan sehinggalah kemapanan dan ketelusan.

  • Pemprosesan invois yang lancar: Mempercepat keseluruhan kitaran hayat invois daripada penghasilan kepada pembayaran.
  • Pengurangan ralat manual: Mengurangkan risiko ralat yang wujud dalam kemasukan data manual dan memastikan ketepatan.
  • Meningkatkan kecekapan: Mendigitalkan dan mengautomasikan proses, yang menjimatkan masa dan sumber untuk perniagaan.
  • Pengurusan aliran tunai yang lebih cekap: Mempercepat kitaran pembayaran, yang memberikan kesan positif kepada aliran tunai.
  • Menambah baik ketelusan: Meningkatkan ketelusan dalam transaksi kerajaan, yang memupuk kebertanggungjawapan.
  • Pematuhan yang lebih baik dengan protokol kerajaan: Memastikan pematuhan kepada peraturan dan piawaian kerajaan yang ketat.

Pelaksanaan e-Invois di Malaysia

Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah membentangkan pelan pelaksanaan berperingkat untuk e-invois. Pelan ini termasuk pengenalan model prapelepasan berpusat dan penggunaan Portal MyInvois dan API untuk penghantaran invois. Garis masa pelaksanaan adalah seperti berikut:

Fasa Pelaksanaan

Tarikh Kuat Kuasa

Kebolehgunaan

Fasa 1

1 Jun 2024

Perniagaan dengan pusing ganti tahunan melebihi RM100 juta

Fasa 2

1 Januari 2025

Diperluas secara beransur-ansur kepada perniagaan dengan pusing ganti tahunan yang lebih rendah

Pelaksanaan Penuh

1 Januari 2027

Kemasukan menyeluruh semua pembayar cukai

Cara mematuhi peraturan e-Invois B2B dan B2G

Meneliti landskap e-Invois di Malaysia mewajibkan perniagaan mematuhi garis panduan khusus untuk transaksi B2B dan B2G. Berikut ialah panduan komprehensif:

  • Biasakan diri dengan garis panduan LHDN: Memahami dan memastikan sejajar dengan garis panduan e-Invois yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
  • Penyepaduan sistem: Menyediakan sistem untuk penyepaduan yang lancar dengan Portal MyInvois atau membangunkan sambungan API yang sesuai untuk penghantaran invois yang cekap.
  • Menjamin pematuhan format: Mengesahkan bahawa e-Invois memenuhi keperluan format yang ditentukan termasuk medan mandatori dan tandatangan digital untuk mematuhi piawaian kawal selia.

Kesimpulan

Ketika Malaysia mengalami anjakan transformatif ke arah e-Invois, landskap perniagaan berkembang dengan pantas. Transaksi B2B dan B2G kini diatur dalam simfoni digital elektronik, yang menjanjikan kecekapan, ketelusan dan pematuhan yang dipertingkatkan. Pelan pelaksanaan berperingkat yang diketuai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) ini menetapkan laluan yang jelas untuk perniagaan menerima evolusi ini.

Di sebalik perubahan ini, ClearTax berdiri teguh sebagai sekutu yang boleh dipercayai untuk perniagaan dengan menawarkan kepakaran dalam percukaian dan penginvoisan. ClearTax bersedia untuk membimbing dan menyokong perniagaan dalam meneliti selok-belok peraturan e-invois. Ketika Malaysia mara ke arah masa depan digital, ClearTax merupakan rakan kongsi anda yang dipercayai untuk perjalanan pelaksanaan yang lancar dan berjaya. Menghadapi masa depan—menerima ClearTax.

 

KANDUNGAN